Carian
Bermula 1 September 2024, Semua SMS Dengan Pautan URL Dan Maklumat Peribadi Akan Dihalang Penghantaran
August 20, 2024 Aman

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, sedia melakukan halangan untuk penghantaran pautan antara individu menggunakan SMS sejak tahun lepas. Bergerak ke hadapan, bermula bulan hadapan, semua SMS yang mempunyai kandungan seperti pautan URL, maklumat peribadi dan juga nombor telefon akan dihalang penghantarannya.

Langkah ini akan dikuat-kuasa bermula 1 September 2024. Perkara ini dilakukan dalam terus menambah baik sekuriti dan privasi, sekaligus mengurangkan masalah penipuan melalui SMS.

Halangan ini turut akan diaplikasi ketika seseorang pengguna sedang dalam mod perayauan di luar negara.

Sebagai alternatif, beberapa syarikat telekomunikasi mencadangkan pengguna menggunaka aplikasi permesejan lain untuk tujuan berkongsi pautan atau sesuatu maklumat bersama keluarga atau rakan terdekat.

Komen