MidJourney Perkenal Sokongan Penyuntingan Gambar Terus Melalui Versi Web
Aman
MidJourney merupakan salah satu penyedia perkhidmatan menjana gambar berasaskan kecerdasan buatan, dan antara yang menawarkan penghasilan dengan baik. Terbaru, MidJourney terus menambah baik sokongan pada versi web mereka, dan terkini turut menawarkan sokongan menyunting gambar.

Melaluinya, pengguna boleh melakukan penyuntingan kecil pada gambar yang dijana, termasuk menandakan sesuatu kawasan dan meminta janaan tambahan pada sesuatu gambar sedia ada. Ciri ini sedia ditawarkan melalui Discord sebelum ini, dan kini ia turut ditawarkan melalui versi webnya.
Bagi anda yang menggunakan MidJourney, boleh mengakses versi webnya hari ini untuk melihat pelbagai koleksi janaan gambar anda, dan melakukan penyuntingan terus melaluinya.