Khabar gembira bagi pencinta muzik dan pengguna iOS apabila Apple kini kembali hadir dengan penawaran menarik kepada pengguna baru aplikasi berkenaan dengan tawaran 3 bulan percuma langganan Apple Music. Menerusi tawaran ini, pengguna memiliki peluang untuk menikmati jutaan lagu berkualiti, bebas iklan dan pelbagai lagi ciri menarik lain yang tersedia di Apple Music tanpa perlu membayar yuran langganan selama tiga bulan pertama.
Namun, tawaran tiga bulan percuma ini hanya terpakai untuk pengguna peranti Apple seperti iPhone, iPad atau Mac yang melanggan pelan Apple Music individu dengan akaun baru. Ini mungkin adalah salah satu daripada strategi Apple Music untuk terus menjadi pesaing terbesar kepada Spotify dalam pasaran platform penstriman muzik.
Tawaran ini juga menunjukkan langkah Apple untuk menarik minat pengguna bagi mencapai sasaran berikutan Apple Music yang sebelum ini pernah dilaporkan tidak memiliki pelanggan yang mencukupi. Promosi ini akan berlangsung sehingga 23 September 2024. Untuk maklumat lanjut mengenai langkah penebusan serta terma dan syarat , layari laman rasmi Apple Music.