Ciri AI generatif pada peranti Samsung sangat menarik. Galaxy AI bukan sahaja boleh membantu menulis tetapi apa yang buat saya tertarik adalah ia menggunakan teknologi kecerdasan buatan menterjemah teks dan juga perbualan. Penterjemahan terbina secara natif dalam peranti Samsung turut tidak terhad kepada Call Assist dengan Live Translation tetapi turut mempunyai ciri khas iaitu Intepreter.
MOD PERBUALAN – TEKS & AUDIO
Intepreter menawarkan pelbagai mod berbeza untuk menterjemah bahasa yang tidak difahami pengguna. Dalam artikel ini saya akan berikan setiap satu contoh bermula dengan mod perbualan. Ya, anda boleh berbual dengan kawan pena anda atau dengan orang yang anda jatuh hati tetapi tidak berani meluahkan perasaan kerana bahasa yang berbeza. Mod perbualan ada dua kaedah iaitu teks dan audio.
Dalam mod teks, buka sahaja Samsung Galaxy Z Flip6 dan pergi ke talam notifikasi. Tekan Intepreter dan pilih bahasa. Anda boleh pilih satu bahasa asing yang anda ingin terjemah dan satu lagi adalah bahasa Inggeris. Setiap teks yang anda taip akan diterjemah dengan pantas. Sama ada bahasa Cina atau Korea, terjemahan dalam bahasa Inggeris akan muncul sebelum anda sempat menaip teks lain. Setiap terjemahan juga mudah dibaca kerana ada mod yang membolehkan terjemahan di bahagian atas diterbalikkan. Jadi dengan ini jika anda masih malu ingin bercakap, sekurang-kurangnya sudah ada konteks yang anda faham untuk apa yang perlu dilakukan seterusnya.
Mungkin sebelum ini anda tidak yakin untuk bercakap walaupun telah belajar sendiri bahasa asing kerana kurang yakin. Intepreter turut boleh menjadi wakil bercakap, di mana selepas ikon mikrofon ditekan dan anda mula bercakap dalam bahasa Inggeris – Galaxy AI akan bercakap semula dalam bahasa yang anda ingin terjemah. Maklum balas AI akan cuba mengikut gaya bahasa yang sesuai, seperti bercakap dengan tenang dan penuh informasi.
MOD DWI-SKRIN – PENTERJEMAHAN SAMBIL BERSEMUKA
Okay, bagaimana pula jika anda mahukan ciri penterjemahan yang membolehkan anda bersembang dengan individu yang sangat penting secara bersemuka? Intepreter dalam Galaxy Z Flip6 boleh membantu anda juga, jangan risau. Bagaimana? Pertama tekan terus ikon Intepreter pada talam notifikasi.
Kemudian anda perlu pilih bahasa asing dan satu lagi dalam bahasa yang anda faham, saya pilih Cina dan Inggeris. Kemudian di bahagian atas selepas teks Intepreter, tekan ikon Cover Screen. Secara automatik, teks yang diterjemah akan dipaparkan pada Flex Window. Menariknya, ia bukan sekadar teks sahaja tetapi juga dengan audio. Anda boleh terus bercakap dalam bahasa Inggeris, mungkin tanya “What’s for dinner tonight?” dan di skrin luar ia akan ditulis dan disebut semula dalam bahasa Cina.
Ciri ini sangat menarik lagi-lagi apabila bercuti di negara luar. Kenapa? Anda tidak lagi perlu beri orang yang tidak dikenali memegang peranti anda untuk mereka menulis dan terjemah sesuatu – sebaliknya mereka boleh terus lihat dan dengar apa yang anda mahukan. Saya lupa beritahu yang percakapan suara penterjemahan itu juga seakan bersembang dengan manusia dan tidak kedengaran suara robot, malah audio yang diterjemah turut ada kesan bernafas untuk lebih realistik.
MOD MENDENGAR – MARATONTON DRAMA BAHASA ASING
Aduhhh, takkanlah nak bercuti pun kena beli fon baru? Jangan salah faham, kalau anda telah memberi Galaxy Z Flip6 pada asalnya untuk bercuti atau untuk bekerja kerana ia adalah peranti merangkap pentafsir peribadi anda – selepas pulang ke tanah air dan tamat bekerja anda boleh gunakannya untuk menghiburkan diri sendiri pula.
Jika anda gemar maratonton K-Drama, C-Drama, J-Drama atau apa-apa filem dalam bahasa asing dan anda ingin cuba belajar bahasa tersebut tanpa mengaktifkan paparan sari kata – Intepreter mempunyai mod mendengar. Tonton kandungan kegemaran anda pada peranti mudah alih seperti laptop, tablet atau telefon pintar (saya tidak sarankan dengan televisyen kerana duduk rapat boleh menyebabkan sakit mata), buka Intepreter dan aktifkan Listening mode. Ia akan mula mendengar dan mengeluarkan transkripsi bahasa Inggeris. Contoh yang saya lakukan adalah pada drama Korea dan tanpa sari kata saya boleh tonton dengan faham.
MOD MEMBELI – BELI SEKARANG UNTUK PELBAGAI REBAT, BAUCAR DAN DISKAUN
Anda sudah tahu mod berbual, mod dwi-skrin dan mod mendengar – mari aktifkan mod membeli anda pula. Kalau anda sudah “teracun” dan bersedia membeli Samsung Galaxy Z Flip6 kerana ciri Intpreter yang saya jelaskan di atas, peranti ini anda boleh dapatkan pada harga bermula RM4,999 sahaja. Lebih menarik, disebabkan peranti ini masih baru dilancarkan – Samsung Malaysia ada memberi pelbagai tawaran menarik.
Misalnya, jika anda tukar-beli dengan peranti lama anda boleh menerima rebat sehingga RM1200. Jika tidak ingin tukar-beli, baucar RM500 akan diberikan untuk membeli Galaxy Buds dan Galaxy Watch terpilih. Kalau anda beli sekali dengan Galaxy Watch Ultra, diskaun 20% akan diberikan, sementara jika anda beli sekali aksesori seperti Galaxy Watch dan Galaxy Buds terpilih diskaun sehingga 25% juga layak diterima.
Kalau mod membeli anda aktif dan kini mempunyai semangat yang berkobar-kobar, apa kata beli sekali aksesori rasmi lain seperti pelindung dengan diskaun sehingga 50%. Jika anda beli melalui aplikasi Shop, 5% potongan harga akan diberikan (untuk kali pertama pembelian dalam aplikasi). Samsung juga tidak segan menawarkan pembayaran fleksibel seperti ansuran 6 bulan sehingga 36 bulan. Selepas membeli, cipta akaun Samsung untuk kelak mendapatkan ganjaran Rewards Point melalui Samsung Rewards iaitu 1% Blue, 3% Gold dan 5% Platinum.
*Penafian, ini adalah advertorial daripada Samsung.