“Made In India” – Apple Dilaporkan Akan Menghasilkan iPhone 16 Pro Dan iPhone 16 Pro Max Di India
Aman
Mengikut laporan Bloomberg terbaru, Apple nampaknya akan melakukan perubahan yang sedikit besar pada pengeluaran iPhone untuk tahun ini, dimana dua model berspesifikasi tinggi utama, iaitu iPhone 16 Pro dan juga iPhone 16 Pro Max, akan dihasilkan di India.
Ini akan memperlihatkan kali pertama fasiliti pengeluaran India digunakan untuk peranti mercu mereka. Sebelum ini, Apple sedia membuat penghasilan iPhone berspesifikasi rendah dan juga model lama di kilang pengeluaran yang berpusat di India.

Ia dijangka Apple akan masih menggunakan model yang dihasilkan di China ketika pelancaran awal, dan seterusnya akan beralih kepada model-model dihasilkan di India selepas itu. Model iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max yang dihasilkan di India akan dipasarkan bukan sahaja di India, tetapi juga pada peringkat global.
Apple dijangka memperkenalkan iPhone generasi baharu ini pada September 2024, iaitu pada bulan hadapan.