Carian
Cip Snapdragon 7s Gen 3 Kini Rasmi – Sehingga 40% Lebih Pantas Berbanding 7s Gen 2
August 21, 2024 Effi Saharudin

Qualcomm mengumumkan cip Snapdragon 7s Gen 3 secara rasmi pagi ini dengan ia adalah cip 4nm yang diletakkan di bawah Snapdragon 7+ Gen 3 dan Snapdragon 7 Gen 3. Ia dilengkapi dengan CPU Kryo yang menawarkan peningkatan prestasi CPU sehingga 20%, GPU 40% lebih pantas dan prestasi AI meningkat sehingga 30%. berbanding Snapdragon 7s Gen 2.

Snapdragon 7s Gen 3 juga dilengkapi lapan teras CPU dengan konfigurasi satu teras Prime pada kelajuan 2.5GHZ, tiga teras Performance pada kelajuan 2.4GHz dan empat teras Efficiency pada kelajaun 1.8GHz. Secara keseluruhan cip menawarkan penjimatan kuasa sehingga 12%. Sehingga 16GB RAM LPDDR5 boleh digunakan dengan ia dipadankan kepada storan UFS 3.1.

Menerusi NPU yang disertakan, 7s Gen 3 boleh menjalan model AI seperti Baichuan-7B, dan Llama 2 1B terus dari peranti. Kemampuan ISP pula membolehkan ia menyokong kamera sehingga 200MP dan merakam video 4K HDR. Skrin yang disokong pula adalah sehingga FHD+ 144Hz. Pengeluar pertama yang akan menggunakan Snapdragon 7s Gen 3 ialah Xiaomi.

Komen