Google Gemini kini telah berkembang dan kebanyakan perkhidmatan awanan Google telah diintegrasikan dengannya. Antara yang Google ingin semua orang gunakan Gemini adalah di dalam Gmail kerana ia sudah sedia terbina. Terbaru, Google turut ingin membantu pengguna perhalusi emel yang di dalam draf pula.
Kini jika anda membatalkan hasrat untuk menghantar emel, mungkin tidak yakin dengan ayat yang ditulis – Gemini boleh perhalusi emel anda. Kemudian, jika sebelum ini Gemini pada Gmail hanya boleh membantu menulis semula emel dalam gaya Formalize, Elaborate dan Shorten – Polish adalah ciri baharu. Ia mencantikkan lagi penggunaan bahasa seperti ejaan, tatabahasa dan lain-lain tanpa mengubah gaya penulisan asal pengguna.
Pada aplikasi iOS dan Android pula, Help me write kini turut akan muncul ketika pengguna sedang menulis emel dan tidak lagi perlu mencari ikon spesifik untuk ditekan. Ciri baharu ini telah diedarkan kepada semua pengguna dengan syarat mempunyai langganan Google One AI Premium.