SanDisk Memperkenalkan Storan MicroSD Baru Bertemakan Pokémon
Nazrin
Western Digital, syarikat storan digital yang cukup terkenal dengan pelbagai penawaran storan mereka baru-baru ini telah memperkenalkan storan microSD baru yang hadir dengan tema Pokémon.
Dalam sebuah kerjasama bersama The Pokémon Company International, Western Digital telah memperkenalkan tiga model storan microSD yang hadir dengan tiga pilihan storan berbeza, iaitu SanDisk Pokémon Snorlax microSD Card (1 TB), SanDisk Pokémon Gengar microSD Card (512 GB) dan SanDisk Pokémon Pikachu microSD Card (256 GB).

Storan microSD ini boleh digunakan pada mana-mana peranti elektronik yang memerlukan storan digital, tetapi telah dibuat untuk digunakan bersama-sama dengan konsol permainan video Nintendo Switch. Ia hadir dengan kelajuan pembacaan data 100MB/s dan kelajuan penulisan data 90MB/s dan membolehkan pengguna untuk menyimpan fail-fail permainan tanpa perlu risau mengenai storan dalaman yang tidak mencukupi.
Buat masa ini, storan SanDisk edisi Pokémon ini adalah terhad kepada beberapa pasaran terlebih dahulu, dan dijual pada tanda harga berikut:
- SanDisk Pokémon Snorlax microSD Card (1 TB) – $129.99
- SanDisk Pokémon Gengar microSD Card (512 GB) – $54.99
- SanDisk Pokémon Pikachu microSD Card (256 GB) – $32.99
[sumber]Western Digital[/sumber]