Fon kepala Razer Kraken V4 dan Razer Kraken V4 X dilancarkan pagi ini khusus untuk golongan peminat permaian video yang ingin prestasi audio mercu. Kedua-duanya hadir dengan pemandu audio Razer TriForce Titanium 40 mm dan sistem mikrofon yang boleh disimpan ke dalam cawan kepala apabila tidak digunakan. Mikrofon menggunakan teknologi yang sama seperti yang digunakan pada fon kepala Razer BlackShark sebelum ini.

Sambungan kepada peranti boleh dilakukan menggunakan bluetooth, sambungan kabel USB dan juga sistem nirwayar Razer HyperSpeed Wireless. Ini membolehkan ia digunakan pada platform PC, PlayStation, Nintendo Switch, Steam Deck, dan peranti mudah alih.
Di samping itu fon kepala turut menyokong audio menyeluruh 7.1 dengan THX Spatial. Bagi peminat sistem lampu, Razer Kraken V4 turut hadir dengan sistem lampu Razer Chroma RGB degan 9 zon lampu. Bateri boleh bertahan sehingga 70 jam tanpa lampu RGB atau 35 jam dengan lampur RGB diaktifkan. Butang kawalan yang diberikan ialah laras audio, membisukan audio, menukar tambatan dan mengimbas audio.

Seterusnya ialah Razer Kraken V4 X yang merupakan model lebih mampu milik tetapi masih dilengkapi pemandu audio Razer TriForce Titanium 40 mm, mikrofon Razer HyperClear Cardioid, audio 7.1 dan sistem lampu
RGB. Model ini hanya menyokong sambungan menggunakan USB-C atau USB-A menerusi penyesuai. Sistem lampu juga hanya pada bahagian logo buka pada keseluruhan sisi pada Kraken V4. Butang fizikal pula ialah untuk laras audio dan membisukan mikrofon.
Pada ketika ini hanya Razer V4 X sahaja akan memasuki pasaran Malaysia pada Q3 2024 pada harga RM479 sepasang.