Menaip “”:: Pada Bar Carian iOS Akan Menyebabkan Sistem Tergendala Sementara
Fahim Zahar
Banyak pepijat pada Android dan iOS yang boleh menyebabkan sistem tergendala. Antara yang saya suka lihat adalah pepijat menaip simbol atau abjad tertentu membuatkan peranti tergendala. Sudah lama pepijat seperti ini tidak muncul sehinggalah satu firma penyelidik keselamatan menemui pepijat baharu dalam iOS.

Menaip “”:: pada mana-mana bar carian dalam iOS tidak kira pada skrin utama, talam aplikasi atau tetapan – sistem akan tergendala sementara dan aplikasi dibuka akan tertutup dan membawa pengguna kembali ke skrin utama. Menurut laporan, sistem tergendala berpunca daripada Springboard iaitu aplikasi sistem iOS yang bersifat seakan pelancar. Walau bagaimanapun, pepijat ini bukanlah satu risiko keselamatan yang akan menjejaskan data peribadi atau privasi. Ia hanya satu pepijat kecil yang mungkin menjengkelkan sesetengah pengguna. Lagipun siapa sahaja yang ingin menaip “”:: tanpa sebab?
[sumber] infosec menerusi TechCrunch [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.