Infinix ZERO 40 5G Akan Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
Amy Maizuraa
Infinix ZERO 40 5G akan dilancarkan di Malaysia tidak lagi lagi. Ia telah muncul menerusi perkongsian poster promosi di laman media sosial rasmi dengan tarikh pelancaran pada 29 Ogos 2024. Poster turut menunjukkan peranti mempunyai bonggol kamera bulat di panel belakang. Diikuti dengan kemasan bergerigi yang menghiasi sekeliling bonggol kamera. Selain itu peranti juga boleh menggunakan kamera utama 108MP dan 50MP ultra-lebar dengan OIS.

Sistem kamera juga boleh merakam video maksimum 4K60FPS seumpama yang pernah ditawarkan pada siri Note 30 tahun lalu. Kamera peranti juga menawarkan ciri GoPro Mode yang membolehkan pengguna melaras tetapan secara langsung dan melihat bingkai rakaman secara langsung daripada skrin telefon pintar. Infinix telah bekerjasama dengan GoPro bagi menjayakan ciri berkenaan. Masih belum jelas mengenai spesifikasi dalaman lain namun apa yang pasti rangkaian 5G juga akan disokong secara terbina.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.