Meta Kini Membolehkan Pengguna Berkongsi Rentas Platform – Dari FB dan Instagram Ke Threads
Aman
Meta hari ini mengesahkan pengenalan ciri perkongsian rentas platform, iaitu dari Facebook dan juga Instagram terus ke Threads. Ciri ini telah diperkenalkan secara berperingkat sebelum ini, dan kini diaktifkan kepada semua pengguna seluruh dunia.

Melalui ciri ini, pengguna boleh memilih untuk melakukan perkongsian dari Facebook ke Threads, atau Instagram ke Threads – sekaligus secara tidak langsung turut membuatkan platform Threads akan mempunyai lebih banyak kandungan dan interaksi.
Untuk makluman, sebelum ini Meta sedia membolehkan pengguna berkongsi rentas platform antara Facebook dan Instagram, dan pengenalan ke Threads ini adalah sesuatu yang dijangkakan ramai.
Seperti biasa, ketika melakukan perkongsian, pengguna boleh memilih untuk mengaktifkan ciri berkongsi ke Threads atau sebaliknya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.