Cip Mana Lebih Berkuasa? – Perbandingan Google Tensor G4, Snapdragon 8 Gen 3, Snapdragon 8s Gen 3, Snapdragon 8 Gen 2 dan A17 Pro
Effi Saharudin
Sepanjang tempoh ulasan Google Pixel 9 Pro XL, kami tidak dapat melakukan sebarang ujian penanda aras kerana pemasangan aplikasi seperti Antutu 3D, Geekbench 6, Geekbench AI dan 3D Mark dihalang di peringkat sistem operasi. Semalam barulah Google membuka “pintu penjara” dan kami akhirnya dapat melakukan ujian bagi melihat kemampuan sebenar cip Google Tensor G4.
Maka apakah prestasi Tensor G4 apabila dibandingkan dengan Snapdragon 8 Gen 3, Snapadragon 8s Gen 3, Snapdragon 8 Gen 2, Apple A 17 Pro, Apple A16 Bionic, dan Dimensity 9300?

Markah
Berikut ialah markah penanda aras Tensor G4 dibandingkan dengan Snapdragon 8 Gen 3 (Samsung Galaxy S24 Ultra), Snapdragon 8 Gen 2 (OnePlus 12R), Apple A17 Pro (iPhone 15 Pro Max), A16 Bionic (iPhone 14 Pro Max), Dimensity 9300 (Vivo X100 Pro) dan Snapdragon 8s Gen 3 (Realme GT 6)
Geekbench 6
- Tensor G4 – 1916/4644
- Snapdragon 8 Gen 3 – 2329/7526
- Snapdragon 8s Gen 3 – 1860/4614
- Apple A17 Pro – 2873/7228
- Apple A16 Bionic – 2634/6761
- Snapdragon 8 Gen 2 – 1081/4204
- MediaTek Dimensity 9300 – 2071/5032
Geekbench AI
- Tensor G4 – 2058 / 2017 / 3129
- Snapdragon 8 Gen 3 – 1704 / 1829/ 2773
- Snapdragon 8s Gen 3 – N/A
- Apple A17 Pro – 3705 / 6515 / 5696
- Apple A16 Bionic – 3514 / 6128 / 5344
- Snapdragon 8 Gen 2 – 1642 / 1674 / 2474
- MediaTek Dimensity 9300 – N/A
AnTuTu 3D
- Tensor G4 – 1,016,712
- Snapdragon 8 Gen 3 – 2,200,000
- Snapdragon 8s Gen 3 – 1,490,495
- Apple A17 Pro – 1,523,961
- Apple A16 Bionic – 1,457,779
- Snapdragon 8 Gen 2– 1,222,747
- MediaTek Dimensity 9300 – 1,852,552
3DMark Wild Life Extreme
- Tensor G4 – 2567
- Snapdragon 8 Gen 3 – 4717
- Snapdragon 8s Gen 3 – 3083
- Apple A17 Pro – 3695
- Apple A16 Bionic – 3355
- Snapdragon 8 Gen 2 – 3712
- MediaTek Dimensity 9300 – 4067

Kesimpulan
Kekuatan Tensor G4 terletak pada CPU dan kemampuan pemprosesan AI sahaja pada ketika ini. Kemampuan grafiknya pula tidak mampu bersaing dengan kesemua cip-cip lain yang diuji. Malahan ia lebih rendah berbanding Snapdragon 8 Gen 2 yang sudah berusia hampir dua tahun. Ini mengesahkan ramalan awal kami bahawa siri Pixel 9 bukan peranti bagi mereka yang mencari peranti dengan kemampuan gaming yang tinggi.

Maka persoalannya di sini ialah adalah kemampuan AI dan CPU semata-mata layak meletakkan siri Pixel 9 sebagai sebuah peranti mercu 2024 sedangkan kami tidak lagi melabel peranti Snapdragon 8 Gen 2 sebagai mercu. Ini tidak dibantu oleh harga jualan Pixel 9 yang jauh lebih mahal berbanding peranti kelas pertengahan dan setanding dengan iPhone 15 Pro Max dan Galaxy S24 Ultra.
Soal berbaloi ataupun tidak adalah di tangan pembeli dan bukannya kami. Selepas menguji Pixel 9 Pro XL selama hampir dua minggu kami hanya boleh katakan ia adalah peranti yang sangat lancar dan boleh menjalankan majoriti aplikasi dengan amat lancar. Tetapi ia hanya boleh disarankan kepada mereka yang mencari peranti Android dengan sistem operasi paling “asli” dan kemampuan fotografi yang cemerlang.