Aplikasi Snapchat Versi iPad Kini Boleh Dimuat Turun
Rihhadatul Aisy
Pengguna iPad kini boleh menggunakan aplikasi Snapchat di iPad dengan pelancaran rasminya hari ini. Menerusinya, Snapchat direka khusus untuk paparan skrin yang lebih besar dan optimum dengan ciri-ciri yang lebih sesuai untuk iPad.
Meskipun sebelum ini aplikasi Snapchat telah boleh diakses pada iPad namun ia hanya tersedia dalam versi aplikasi iPhone, menjadikan paparan aplikasi dikelilingi dengan palang hitam di sisi yang mengganggu pemandangan dan menjejaskan pengalaman penggunaan.

Tetapi kini pengguna iPad boleh menikmati pelbagai ciri yang tersedia dalam aplikasi Snapchat dengan paparan yang lebih besar. Bermula daripada paparan antaramuka yang direka khusus untuk paparan yang optimum sehinggalah kepada manfaat ciri lain seperti kesan ‘filter’ yang diperkukuh.
Selain itu, ruangan sembang dan kiriman pesanan juga tampak lebih menyeluruh dengan paparan yang lebih luas. Walau bagaimanapun, buat masa ini ia hanya boleh dipaparkan dalam mod potret dan masih belum ada cara untuk menggunakan aplikasi ini dalam mod landskap.
[sumber] App Store [/sumber]