Carian
Niantic Melancarkan Aplikasi Scaniverse 4 Yang Mengimbas Objek Menjadi Model 3D
August 27, 2024 Fahim Zahar

Untuk menghasilkan aset 3D yang realistik dalam permainan video atau kesan khas filem, artis akan menghabiskan ribuan jam memanipulasi poligon di dalam komputer sebelum tekstur pula dihasilkan. Tetapi proses ini boleh dipermudahkan dengan menggunakan sensor LiDAR pada telefon pintar. Terbaru, Niantic iaitu pembangun Pokémon GO telah hadir dengan aplikasi Scaniverse yang boleh menghasilkan objek 3D dengan mengimbas objek sebenar.

Scaniverse diambil-alih oleh Niantic pada tahun 2021. Kini selepas tiga tahun berada di bawah naungan Niantic, aplikasi telah dikemaskini dengan generasi keempat. Ia kini menyokong kaedah render Gaussian splatting untuk hasil yang lebih realistik, berkualiti dan diproses dengan pantas selain kaedah mesh yang ditawarkan aplikasi lain. Menariknya, aplikasi ini menyokong kebanyakan peranti Android juga tidak dilengkapi sensor LiDAR.

Tujuan aplikasi ini dibangunkan adalah untuk membina peta 3D berskala besar. Kemudian Scaniverse turut mengaburkan wajah manusia serta nombor plat kenderaan ketika imbasan dilakukan. Dengan Scaniverse, objek 3D juga mempunyai kesan pencahayaan dan pantulan yang lebih semula jadi. Dengan setiap objek 3D yang telah diproses, ia turut akan mempunyai data lokasi agar pembangun boleh menggunakan data ini untuk tujuan pembangunan kandungan realiti terimbuh serta untuk digunakan dalam perisian 3D.

Komen