BYD Akan Menggunakan Teknologi Swapandu Huawei Pada Kereta Mereka
Aman
BYD, salah satu syarikat kereta elektrik gergasi yang berasal dari China, kini mengumumkan kerjasama strategik bersama Huawei, dalam menggunakan teknologi sistem pemanduan autonomi atau teknologi swapandu Huawei pada kenderaan mereka.
Model pertama yang akan menggunakan teknologi pemanduan Huawei ini adalah Fangchengbao Bao 8 SUV, dan kenderaan ini dijangka akan dijual kelak pada tahun ini.
Penggunaan teknologi Huawei sekaligus mempercepatkan lagi penawaran teknologi terkini pada kenderaan BYD, sekaligus membolehkan mereka bersaing dalam arena berkenaan dengan lebih kompetitif berbanding pesaing lain.
Huawei sendiri sedia melakukan pelaburan tinggi dalam pembangunan sistem untuk automotif. Sebelum ini, pihak Audi turut pernah menyatakan akan menggunakan teknologi Huawei pada kenderaan mereka di China. Huawei juga dikatakan merupakan antara pembekal ADAS utama dipasaran hari ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.