Carian
Chatbot AI Claude Tidak Lagi Meminta Maaf Sekiranya Arahan Tidak Boleh Diproses
August 28, 2024 Fahim Zahar

Kini terdapat pelbagai chatbot AI yang boleh digunakan secara percuma. Kesemua chatbot ini dilatih dengan pelbagai data, ada yang menggunakan akses Internet dan ada juga yang dilatih dengan data sedia ada. Setiap chatbot turut mempunyai peraturan tersendiri dan paling penting, masing-masing turut mempunyai personaliti khas. Terbaru, Anthropic mengumumkan yang chabot AI mereka iaitu Claude memproses prom sistem serentak dengan prom pengguna.

Di dalam Claude, Anthropic telah memprogramkan ia untuk memproses prom khas setiap kali pengguna memasukkan prom sendiri. Prom sistem ini adalah untuk Claude sentiasa sedar akan masa dan tarikh terkini serta tahu untuk memproses data dari model terkini. Prom ini juga akan memastikan Claude berfungsi dengan lebih baik dalam memberi maklum balas, seperti memastikan dokumen mengikut format tertentu dan Claude turut akan cuba mengelak meminta maaf jika ia tidak boleh memproses sesuatu.

Lebih menarik dan berguna, Claude turut akan memberi maklum balas dengan memaklumkan pengguna mengenai terma halusinasi jika memberi arahan dengan prom rumit untuk mudah faham had-had yang ada pada chatbot ini. Jika dibandingkan dengan Gemini atau ChatGPT, mereka akan meminta maaf jika tidak dapat memberi maklum balas atau kadangkala sesi perbualan itu ditamatkan terus secara automatik. Strategi Claude ini akan membuatkan pengguna cuba kekal menggunakan satu chatbot dan tidak beralih ke chatbot lain.

Komen