Aplikasi Huawei Health Kini Mempunyai Lebih 100 Juta Pengguna Aktif
Amy Maizuraa
Huawei berkongsi perkembangan syarikat dengan memaklumkan bahawa aplikasi kesihatan Health telah mengumpul lebih 100 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia. Ia dianggap sebagai pencapaian yang besar sekaligus mengukuhkan posisinya sebagai salah satu pengeluar produk teknologi terkemuka dunia.

Ia diyakini akan terus mengalami trend yang bertambah baik pada masa mendatang selaras dengan penerusan pelbagai usaha menarik dilakukan oleh Huawei sendiri. Salah satunya seperti teknologi berasaskan kesihatan Huawei TrueSense System baharu yang dilancarkan sebentar tadi.


Mempromosikan keupayaan serba baharu melalui penggunaan teknologi terkini bagi menyebarkan maklumat tentang pentingnya dalam meningkatkan kualiti hidup. Antara ciri-ciri tarikan termasuklah peningkatan kapasiti pemprosesan data 15% lebih baik. Di samping mampu mengurangkan kadar kehilangan isyarat dan meningkatkan ketepatan pemantauan kadar denyutan jantung terutamanya semasa bersenam.