Walaupun pelbagai jenis kandungan yang dihasilkan, kandungan fotografi masih lagi menjadi kesukaan orang ramai. Namun untuk menghasilkan fotografi yang berkualiti, anda perlukan peranti dengan kamera yang mempunyai pilihan jarak fokus (focal length) yang berbeza seperti yang ada pada siri vivo V40. Ini membolehkan anda memilih sudut pandangan yang sesuai untuk mengambil gambar potret dengan lebih tajam. Dimana semakin banyak pilihan jarak fokus yang berbeza pada lensa kamera peranti, semakin banyak variasi fotografi yang anda dapat hasilkan.
Oleh sebab itu, vivo tidak melepaskan peluang untuk kembali dengan siri V mereka yang terbaharu iaitu siri vivo V40. Terdapat dua variasi di bawah siri vivo V40 iaitu vivo V40 dan juga vivo V40 Pro. Peranti ini menawarkan kamera dengan 5 jarak fokus berbeza untuk mencapai impian fotografi potret yang lebih profesional dan memberikan anda fleksibiliti dalam bereksperimentasi dengan pelbagai jenis fotografi melalui ciri ini. Tetapi, mungkin ada diantara anda yang masih keliru, apa sebenarnya jarak fokus ini dan kenapa ia penting untuk penggambaran potret? Kami akan rungkaikannya.
Bagaimana Jarak Fokus Ini Berfungsi?
Secara teknikalnya, jarak fokus adalah jarak dimana lensa akan memfokuskan imej dari objek yang berada pada jarak yang sangat jauh. Bayangkan anda melihat secara dekat melalui lubang kecil pada sehelai kertas, anda akan dapat melihat sudut pandangan yang lebih luas bukan? Tetapi, apabila anda melihat lubang pada kertas itu dari jauh, anda hanya akan dapat melihat sebahagian kecil dari pemandangan tadi dan subjek yang ingin difokuskan akan lebih terperinci. Seterusnya, ia membuatkan latar belakang kelihatan lebih dekat dan kabur. Dengan kata lain, ia akan menghasilkan kesan bokeh.
Jarak Fokus Yang Manakah Sesuai Untuk Penggambaran Anda?
Bagi vivo V40 Pro, lensa ZEISS ini dilengkapi dengan 5 jarak fokus yang berbeza dari 24mm sehingga 100mm. Bermula dengan 24mm, ia merupakan lensa kamera ultra lebar dimana ia sesuai untuk merakam potret bagi pemandangan luas dan objek yang besar. Sebagai contoh, anda boleh memilih jarak fokus 24mm untuk merakam pemandangan alam sekitar atau senibina yang luas dalam satu gambar.
Untuk 50mm pula, ia dikatakan sebagai lensa normal yang memberikan perspektif hampir sama dengan penglihatan manusia. Oleh sebab itu, lensa dengan jarak fokus ini seringkali digunakan untuk fotografi potret kerana hasilnya yang realistik. Lensa ini cenderung mempunyai bukaan besar, sekaligus menghasilkan rakaman yang lebih tajam dan jelas walaupun persekitaran anda tidak mempunyai jumlah pencahayaan yang cukup.
Manakala untuk 100mm pula, ia seringkali digunakan sebagai telefoto potret dimana ia sesuai untuk mengasingkan subjek dari latar belakang dan menghasilkan fotografi yang lebih dramatik. Jadi, latar belakang gambar yang dihasilkan akan kelihatan sedikit kabur supaya lebih fokus kepada subjek utama. Oleh itu, setiap jarak fokus ini mempunyai kegunaannya tersendiri bagi membantu anda hasilkan fotografi yang lebih estetik.
Mengapa Lensa ZEISS Penting Untuk Fotografi Potret?
Jika anda merupakan peminat vivo, anda pasti tahu siri vivo V30 merupakan siri V yang pertama menerima lensa ZEISS. Tetapi, kali ini vivo menambah baik lagi ciri yang ada pada vivo V40 Pro dengan 5 jarak fokus yang berbeza. Dimana sebelum ini, ciri ini hanya ada pada peranti mercu vivo iaitu seperti siri vivo X100. Dalam konteks ini, vivo V40 Pro menonjol dengan lensa ZEISS pada kameranya, sama seperti yang digunakan pada vivo X100 Pro.
Dimana ia didatangkan dengan kamera utama 50MP ZEISS dan lensa kamera ultra lebar 50MP ZEISS. Ditambah lagi dengan lensa kamera telefoto potret 50MP ZEISS yang menyokong keupayaan 50x zum. Bukan itu sahaja, gambar potret anda boleh tampak lebih cantik dengan penambahan kesan bokeh yang kelihatan semula jadi. Jadi, vivo V40 Pro ini menawarkan 7 pilihan kesan bokeh, berbanding 5 pilihan pada vivo V30 Pro keluaran sebelum ini.
Kadang kala kita mengalami situasi yang tidak dijangka semasa mengambil rakaman seperti tunafoto (photobomb). Perkara renyah seperti ini menyebabkan proses menghasilkan gambar yang boleh memuaskan hati kita akan memakan masa yang lama. Jadi, usah risau kerana vivo V40 Pro ini turut mempunyai ciri AI Erase dimana anda boleh membuang objek yang tak diingini dalam gambar. Melalui ciri seperti ini, anda tidak perlu lagi menggunakan aplikasi pihak ketiga ataupun mengambil masa yang lama untuk menyunting gambar.
Prestasi Peranti Yang Tidak Mengecewakan
Kualiti fotografi sahaja tidak mencukupi jika prestasi peranti tidak cukup padu untuk menyokong keperluan harian anda bukan? Oleh sebab itu, vivo V40 Pro ini dipadankan dengan cip pemprosesan peranti mercu iaitu MediaTek Dimensity 9200. Melaluinya, ia bukan sahaja membolehkan anda membuka aplikasi dengan cepat, malah melaksanakan pelbagai tugasan harian dengan lebih efisien.
Rakaman yang banyak juga turut memerlukan storan peranti yang besar bagi menyimpannya. Jadi, vivo V40 Pro diberi penawaran storan 12GB + 512GB. Tetapi, sekiranya ia masih tidak mencukupi, anda boleh perluaskan lagi storan sehingga 12GB bagi memenuhi keperluan anda. Kapasiti bateri yang ditawarkan pula adalah sebesar 5500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 80W. Dengan kapasiti bateri sebesar ini, ia mampu untuk menampung keperluan penggunaan anda sehingga 16 jam.
Kesimpulan
Secara ringkasnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa vivo V40 Pro ini berbaloi untuk dipertimbangkan buat anda yang mahukan peranti khusus bagi fotografi potret. Dengan kehadiran lensa kamera ZEISS dengan 5 jarak fokus, ia memberikan anda keupayaan untuk menghasilkan gambar yang cukup memikat hati untuk dikongsi di media sosial. Dipadankan lagi dengan spesifikasi yang cukup memuaskan, menjadikan vivo V40 Pro ini peranti yang patut anda miliki.
Sekiranya anda berminat untuk dapatkan vivo V40 Pro, ia dijual pada harga RM3,299 bagi varian 12GB + 512GB dan tersedia dalam dua warna iaitu Stellar Silver dan Moonlight White. Tetapi, jika anda mahukan siri vivo V40 yang lebih murah, boleh dapatkan vivo V40. Dimana ia dilengkapi dengan kamera utama 50MP dan lensa kamera ultra lebar 50MP. Malah, ia dipadankan dengan cip Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3 dan turut mempunyai bateri berkapasiti 5500mAh.
vivo V40 ini tersedia dalam tiga warna iaitu Stellar Silver, Nebula Purple dan Sunglow Peach. Ia dijual pada harga RM1,999 bagi model 256GB. Untuk model 12GB + 512GB pula, ia dijual pada RM2,399. Pratempah telah pun dibuka sekarang sehingga 30 Ogos 2024 dimana anda berpeluang untuk nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM1,076. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan siri vivo V40 dan serlahkan kreativiti fotografi potret anda.
Penafian: Advertorial daripada vivo