Samsung Hwaiting! Saya Maratonton K-Drama Tanpa Sari Kata Dengan Galaxy Z Flip6
Fahim Zahar
Kalau Call Assist boleh buat anda berbual seakan seorang Oppa atau Jaggiya bersama yang tersayang, Intepreter pula boleh buat anda tonton K-Drama kegemaran tanpa menggunakan sari kata. Dalam artikel ini, saya ingin kongsi kepada anda bagaimana untuk memanfaatkan Intepreter pada Samsung Galaxy Z Flip6 untuk tidak perlu bergantung kepada banyak aplikasi penterjemahan.

Maratonton K-Drama Tanpa Sari Kata
Saya adalah seorang yang selalu maratonton K-Drama, tetapi sejak selepas pandemik saya telah berhenti kerana terlampau sibuk. Saya sedari, menonton K-Drama sambil membaca sari kata tidak memberikan pengalaman menonton yang imersif dan mengasyikkan sehinggalah Samsung Galaxy Z Flip6 membuatkan saya kembali menontonnya. Kenapa? Kerana ciri Intepreter yang dikuasakan Galaxy AI iaitu ciri AI Generatif untuk mod mendengar yang diproses dari dalam peranti.

Saya hanya perlu buka Intepreter dari talam notifikasi, kemudian tukar ke mod mendengar, tekan ikon mikrofon sejurus selepas tekan butang main pada mana-mana platform penstriman. Pastikan Galaxy Z Flip6 anda berada berdekatan dengan anda dan skrin untuk ia menangkap semua perbualan watak dan diterjemah ke bahasa Inggeris.

Mesti anda tertanya, apa beza dengan sari kata – sama juga perlu baca teks diterjemah? Bezanya adalah, di skrin anda kini tiada teks tambahan jadi bolehlah anda lihat fesyen pakaian watak ke makanan atau minuman yang mereka nikmati atau mungkin ingin melihat peranti Samsung baharu digunakan oleh pelakon kegemaran anda dalam adegan yang hebat.
Sembang Macam Artis Korea Bersama Rakan
Haaa, kalau dah boleh tonton K-Drama tanpa sari kata barulah anda boleh berlatih bersembang bahasa Korea bersama kawan atau dengan yang tersayang. Untuk memulakannya, buka kembali Intepreter dan tekan ikon pertama sebelum ikon Flex Window untuk antaramuka berubah bahagian atas diterbalikkan agar orang tersayang anda boleh baca dengan mudah sambil bersemuka dengan anda.
여보, 오늘은 특별한 곳에 저녁 먹으러 가자 (yeobo, oneul-eun teugbyeolhan gos-e jeonyeog meog-euleo gaja).

Mod yang sama ini juga boleh berubah antaramukanya menjadi melintang jika anda ingin berbual secara bersebelahan. Mod ini turut boleh digunakan dalam temuramah dan banyak kali jika anda tidak kisah untuk seorang lagi menyentuh peranti Galaxy Z Flip6 anda yang dibeli dengan harga bermula RM4,999.

Kini Anda Telah Bersedia Untuk Ke Korea
Aik macam itu sahaja? Ya, semudah itu. Beli Galaxy Z Flip6 ia boleh menjadi pentafsir peribadi anda dan juga alat komunikasi bahasa asing. Tidak lagi perlu menghabiskan masa yang banyak untuk belajar bahasa asing jika hanya untuk pergi bercuti. Paling penting ia percuma dan tidak memerlukan sebarang langganan. Apa boleh buat di Korea dengan Galaxy Z Flip6?

Anda boleh gunakannya untuk menterjemah bahasa apabila anda ingin bertanya jalan ke destinasi tertentu atau ketika ingin berunding membeli barangan menarik yang ingin dibawa pulang ke tanah air. Mod paling sesuai adalah Intepreter dwi-skrin. Selepas buka Intepreter, tekan ikon Flex Window dan tekan ikon mikrofon untuk mula bercakap. Apa yang anda cakap dalam bahasa Inggeris akan diterjemah dan dipaparkan di skrin luar dengan suara AI.

Mod ini lebih selamat digunakan di negara luar kerana anda tidak perlu memberi peranti anda ke orang yang tidak dikenali. Sebaliknya, semua kawalan adalah oleh anda dan orang tidak dikenali itu hanya perlu teruskan bercakap dan melihat skrin Galaxy Z Flip6 anda. Perlu diingatkan juga yang Intepreter tidak terhad kepada bahasa Korea sahaja kerana ia menyokong 16 bahasa berbeza dengan 23 lokaliti dan akan datang akan dikembangkan lagi dengan pelbagai bahasa lain.
Fon Wajib Beli Untuk Ke Luar Negara
Kalau anda adalah peminat setia K-Drama atau gemar menonton pelbagai TV bersiri bahasa asing, Samsung Galaxy Z Flip6 adalah untuk anda. Jika anda membaca sehingga habis, anda akan tahu yang Galaxy Z Flip6 turut ada mod berbual serta mod dwi-skrin untuk memudahkan lagi anda berkomunikasi dalam bahasa asing tidak kira apa jua situasi.

Berikut adalah apa yang Samsung Malaysia tawarkan kepada anda semua jika membeli Galaxy Z Flip6;
- Tukar beli peranti lama anda ke Galaxy Z Flip6 dan nikmati rebat sehingga RM700.
- Rebat eksklusif RM500.
- Beli sekali dengan Galaxy Watch Ultra, diskaun 20% akan diberikan.
- Galaxy Watch dan Galaxy Buds terpilih diskaun sehingga 25%.
- Tawaran bayaran fleksibel sama ada ansuran 6 bulan atau terus sehingga 36 bulan.
- Aksesori rasmi lain seperti pelindung dengan diskaun sehingga 50%.
- 5% potongan harga jika membeli melalui aplikasi Shop (untuk kali pertama pembelian dalam aplikasi).
[download] Beli Samsung Galaxy Z Flip6 Di Sini [/download]
[info] Dapatkan info lanjut mengenai Galaxy Z Fold6 Dan Galaxy Z Flip6 di sini [/info]
*Penafian, ini adalah advertorial daripada Samsung.