Samsung Bekerjasama Dengan Qualcomm Menyokong Sistem ADAS dan Inforia Kenderaan
Effi Saharudin
Samsung mengumumkan kerjasama dengan Qualcomm bagi menyokong sistem ADAS dan hiburan kenderaan premium di bawah payung Snapdragon Digital Chasis. Pada ketika ini memori LPDDR4X Samsung khusus untuk automotif melepasi piawaian yang ditetapkan oleh Qualcomm.

Menerusi kerjasama ini, Samsung ingin meningkatkan pegangan memori untuk sektor automotif yang pada ketika ini didominiasi oleh Micron. Pada waktu yang sama Samsung kini dalam proses membangunkan memori LPDDR5 khusus untuk automotif dengan kelajuan 9.6 Gbps. Sampel pertama akan ditawarkan kepada pelanggan berminat pada pada suku keempat 2024.
Memori yang pantas diperlukan kerana keperluan sistem kenderaan yang semakin kompleks. Menurut data daripada Micron, kereta moden semasa dilengkapi 90GB RAM dan storan. Ia dijangka meningkat ke 278GB menjelang 2026 dan mencecah 4TB menjelang 2030.