Google Play Store Kini Membolehkan Muat-Turun Lebih Daripada Satu Aplikasi Secara Serentak
Aman
Google Play Store pagi ini telah melakukan kemas kini kecil membolehkan para pengguna melakukan kemas kini atau muat-turun lebih daripada satu aplikasi secara serentak pada waktu yang sama – sekaligus menjimatkan lagi masa dan proses kemas kini atau muat-turun aplikasi berkenaan.

Untuk makluman, pada April lalu pengguna peranti Android boleh melakukan kemas kini atau muat-turun dua aplikasi serentak. Tetapi ini hanya boleh dilakukan pada aplikasi baharu sahaja. Kemas kini aplikasi yang telah dipasang masih perlu dilakukan satu persatu.
Ciri baharu ini menjimatkan masa yang diambil untuk proses kemas kini atau muat-turun aplikasi namun semuanya tertakluk kepada kelajuan sokongan rangkaian internet peranti anda. Kemas kini baharu Play Store ini sedang ditawarkan secara berperingkat kepada pengguna peranti Android seluruh dunia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.