Jika anda seorang pelanggan bank CIMB, terdapat ramai rungutan tentang aplikasi Octo tidak boleh diakses buat masa ini.
Perkara ini disahkan kami sendiri, dimana butiran perbankan tidak dipaparkan apabila melog masuk kedalam aplikasi tersebut. Pada laman web CIMB Clicks pula, kami tidak boleh melog masuk kedalam akaun bank kami.
Buat masa ini, CIMB masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu ini, dan kami sedang memantau akaun media sosial mereka untuk sebarang berita mengenai isu ini.