Laman Memfokuskan Perkakasan Perkomputeran Popular, AnandTech Menamatkan Operasi
Aman
AnandTech merupakan salah satu laman memfokuskan perkakasan perkomputeran yang popular, dan sering menjadi rujukan ramai disebabkan kepakaran mereka. Namun, hari ini mereka mengumumkan sebuah berita dukacita, dimana akan berhenti beroperasi selepas ini.

AnandTech telah memulakan operasi pada 1997 yang lepas, dan kini menutup operasi selepas beroperasi selama 27 tahun.
Menurut AnandTech, laman berkenaan akan terus boleh diakses buat seketika, tetapi tiada sebarang perkongsian baharu akan dilakukan melalui laman utama. Disamping itu, AnandTech Forums dilihat akan terus beroperasi buat masa ini, dan diuruskan oleh penerbit mereka, Future PLC. Walaupun tanpa sebarang kemaskini artikel baharu, ia disasarkan pelbagai artikel yang terdapat pada laman berkenaan akan kekal relevan untuk beberapa tahun.
Sebagai alternatif untuk AnandTech, satu lagi laman dibawah Future PLC, iaitu Tom’s Hardware dicadangkan untuk menjadi tempat yang dituju bagi para pencinta perkakasan perkomputeran.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.