X Kini Dihalang Di Brazil – Aplikasi Perlu Dibuang Google dan Apple
Effi Saharudin
X kini secara rasmi dihalang daripada diakses pengguna di Brazil. Laman dihalang selepas gagal mengemukakan wakil bagi menghadapi pertuduhan melanggar undang-undang Brazil tentang kandungan palsu di atas talian dan menggantung akaun yang menyebarkannya.

Hakim mahkamah tinggi Brazil, Alexandre de Moraes mengeluarkan arahan kepada syarikat telekomunikasi semalam untuk menghalang akses kepada X semalam dalam tempoh 24 jam. Google dan Apple pula diberikan tempoh lima hari untuk membuang X dari stor aplikasi mereka. Pada asalnya de Moraes turut mengeluarkan arahan pengguna Brazil yang mengakses X menerusi VPN akan didenda $9000 sehari tetapi ia kemudian ditarik semula selepas menerima kritikan ahli akademik.
Semalam de Moraes mengeluarkan arahan menghalang akaun bank Starlink sebagai tekanan kepada Elon Musk supaya menamakan wakil X untuk dibicarakan di mahkamah. Ia berhadapan denda $3 juta atas pelbagai kesalahan melanggar undang-undang Brazil. Seminggu lalu sebagai tanda protes, Elon Musk menutup pejabat X di Brazil.
[sumber] The New York Times [/sumber]