Redmi 14C telah dilancarkan sebagai pengganti pengganti kepada telefon bajet Redmi 13C yang diumumkan pada November 2023. Ia menawarkan peningkatan lebih baik yang termasuk skrin dengan kadar segar semula lebih tinggi dan kapasiti lebih besar.
Untuk lebih khusus Redmi 14C menggunakan skrin LCD sebesar 6.88-inci HD+ (1640 X 720 piksel) dengan kadar segar semula 120Hz. Ia dipadankan dengan cip Mediatek Helio G81-Ultra yang bermakna sekadar menyokong rangkaian LTE. Peranti juga menjalan perisian terkini HyperOS (berasaskan Android) dengan pilihan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.
Konfigurasi yang tersedia mungkin berbeza mengikut pasaran dan RAM maya 8GB RAM juga diberikan sekiranya memerlukan. Ciri lain yang terdapat pada peranti adalah kamera utama 50MP, kamera swafoto 13MP dan bateri 5160mAh dengan pengecasan 18W. Ia tidak kurang menariknya kerana menawarkan bicu audio 3.5mm yang menjadi antara ciri agak sukar ditemui pada sebuah peranti moden.
Tiada butiran mengenai ketersediaan di Malaysia yang diketahui setakat ini.