Barisan komputer riba Huawei di Malaysia akan dikemaskini dengan penawaran baharu tidak lama lagi. Melaluinya Huawei akan membawa masuk MateBook D 14 (2024) yang sudah tentunya dilengkapi pelbagai ciri dan teknologi yag dapat membantu pengguna menjadi lebih produktif setiap hari.
Semakan melalui laman web rasmi juga mendapati peranti telah disenaraikan lengkap dengan senarai perkakasan dalaman. Seperti namanya skrin LCD 14″ digunakan dengan resolusi 1920 × 1200 piksel, nisbah aspek 16:10 dan kecerahan puncak 300nits. Ia juga dijana dengan CPU Intel-Core i5-13420H dan GPU Intel UHD Graphics. Selain itu mempunyai memori 16GB RAM LPDDR4X, storan dalaman 512 GB NVMe PCIe SSD dan bateri berkapasiri 56Wh.
Terdapat juga ciri berasaskan AI disediakan yang termasuk AI Camera dan AI Sound dengan kedua-duanya mampu mengurangkan hingar ketika sesi telesidang. Di samping menjalankan Windows 11 dengan antaramuka serba baharu bersama ciri berbilang tugas yang dipertingkatkan untuk pengalaman sekuriti lebih baik. Persoalan utama kini tertumpu pada harga jualan rasmi yang hanya didedahkan selepas diumumkan secara rasmi kelak.