Carian
DJI Akan Melancarkan Produk Baharu Pada 5 September 2024
September 2, 2024 Amy Maizuraa

Semakan melalui laman web rasmi menunjukkan bahawa DJI dalam persediaan hadir dengan produk baharu. Tiada butiran khusus didedahkan buat masa ini namun ramai yang mengaitkan ia dengan dron baharu syarikat berkenaan.

Ia juga dijangka menggunakan nama Neo dan menjadi dron paling ringan yang pernah dihasilkan oleh DJI setakat ini. Dalam masa yang sama didakwa mempunyai tubuh yang bersaiz kompak bersama rekaan berkipas seumpam sebuah DJI Avata 2. Bukan itu sahaja, bahkan ia turut dijangka boleh dilipat seperti kebanyakan dron sedia ada untuk pengalaman mudah alih lebih efisien.

Gambar sekadar hiasan – DJI Avata 2

Ciri-ciri lain yang dijangka ada pada dron ini juga adalah kemampuan merakam video 4K/30FPS melalui sensor 1/2″ dan gimbal paksi tunggal. Diikuti dengan kebolehan berlepas dan mendarat secara automatik di tapak tangan, di samping pilihan suntingan mudah melalui perisian terbina. Lebih baiknya lagi apabila dron ini berpotensi dijual dalam julat harga berpatutan sekitar £167 (~kira-kira RM950) untuk pakej kombo.

Persoalan mengenai sejauh mana kebenaran kesemua perkongain ini hanya akan terjawab sewaktu pelancaran rasmi pada Khamis ini.

Komen