The Edge Hadir Dengan Ask Edge – Memudahkan Anda Mengetahui Sejumlah Perkara Utama Berkaitan Sesuatu Saham
Aman
The Edge merupakan salah satu penerbitan yang sedia terkenal dengan fokus terhadap perniagaan dan ekonomi. Terbaru, The Edge turut hadir dengan sebuah ciri baharu dinamakan sebagai Ask Edge, yang memudahkan seseorang pelabur lebih memahami berkaitan sesuatu saham dengan mudah.

Melalui Ask Edge, pengguna boleh melakukan sebarang saham yang tersenarai pada Bursa Malaysia, dan seterusnya melihat kepada 12 perkara utama yang sering menjadi persoalan ramai. Ini termasuk berkaitan apakah perniagaan utama syarikat tersebut, adakah harga saham berkenaan adalah murah, melihat graf pergerakkan harga saham, berita berkaitan, melihat pemegang utama, dan sebagainya.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Ask Edge ini melalui laman web rasminya, dan mula memahami sesuatu saham tersebut dengan lebih mudah berbanding kebiasaan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.