Indonesia Pertimbangkan Untuk Mengharamkan Telegram Dan Bigo Live
Aman
Kerajaan Indonesia kini dilihat sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan aplikasi Telegram dan Bigo Live di negara tersebut, disebabkan oleh kandungan lucah dan perjudian.
Menurut Menteri Komunikasi dan Informasi Indonesia, beliau bercadang untuk mengharamkan dan menutup aksesnya serta-merta, tetapi sebuah pasukan diperlukan untuk melakukan kajian dan akan bertindak atas bukti yang dihimpunkan oleh pasukan berkenaan. Sekiranya menemui sebarang bukti melibatkan kandungan lucah atau perjudian, akses ke kedua-dua platform berkenaan akan dihalang.
Kerajaan Indonesia turut mengatakan walaupun telah mengeluarkan pelbagai amaran kepada kedua-dua platform berkenaan, namun reaksi dan respon dari segi maklumbalas platform berkenaan tidak memadai.
Sebelum ini, pengasas Telegram telah ditahan di Perancis, disebabkan oleh penggunaan aplikasi berkenaan untuk kandungan lucah, dadah, penggubahan wang haram, penipuan dan aktiviti pengganas melalui aplikasi tersebut.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.