OnePlus 13 Dijangka Diperkenalkan Seawal Oktober Di China
Aman
OnePlus kini dilaporkan akan bersaing untuk menjadi antara yang terawal memperkenalkan telefon pintar generasi baharu mereka dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 4. Cip berkenaan dijangka diperkenalkan sekitar bulan Oktober kelak, dan selari dengannya OnePlus akan menjadi antara yang terawal memperkenalkan telefon pintar menggunakan cip pemprosesan berkenaan.

Ia dikatakan model mercu seterusnya, OnePlus 13 akan diperkenalkan sekitar Oktober 2024 kelak – dan seperti tahun lepas, ia akan terhad kepada pasaran China bagi peringkat permulaan. Pelancaran global untuk telefon pintar berkenaan dijangka menyusul sebulan dua selepas itu.
Buat masa ini, info penuh berkenaan apa yang bakal dibawakan oleh OnePlus 13 masih menjadi tanda tanya. Selain daripada cip pemprosesan mercu terbaru, ia juga dijangka akan menawarkan rekaan baharu, selain bateri berkapasiti sehingga 6000mAh.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan sebulan lagi untuk melihat apakah kejutan yang disediakan oleh OnePlus.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.