ByteDance, firma disebalik TikTok dan CapCut kini dilaporkan sedang merancang untuk melakukan pinjaman daripada pihak bank, berjumlah $9.5 bilion. Ini sekaligus dijangka menjadikannya antara pinjaman terbesar di Asia setakat ini.
Pinjaman ini dikatakan diperlukan oleh ByteDance untuk operasi perniagaan antarabangsa mereka, luar China. Ia dikatakan arena edagang masih tidak membawa kepada keuntungan, dan perbelanjaan yang tinggi masih diperlukan untuk membentuk ekosistem yang kukuh sebelum ia berjalan dengan lancar sehingga membawa pulangan.
Sebelum ini, ia telah diperkatakan ByteDance merancang untuk memperluaskan TikTok Shop di beberapa negara Eropah, disamping pelaburan tinggi juga diperlukan untuk pembangunan melibatkan kecerdasan buatan.
Beberapa pihak terlibat dengan pinjaman kali ini, dan antara yang dikatakan adalah Citigroup, Goldman Sachs, dan juga JPMorgan. Pihak ByteDance tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan hal ini buat masa ini.