MiniMax Kini Menawarkan Kemudahan Menjana Video Melalui Teks
Aman
Pada hari ini, kita sedia melihat penjanaan teks dan juga gambar, dan bergerak kehadapan, ramai yang telah mulakan eksperimen dengan pembangunan video berasaskan teks. Dengan langkah ini, pengguna hanya perlu memasukkan input berasaskan teks, dan kecerdasan buatan janaan akan menjana video berasaskan kepadanya.
Beberapa penawaran telah diperlihatkan sebelum ini, dan paling terbaru MiniMax menawarkan penjana mereka tersendiri. Melalui laman rasminya, sesiapa sahaja boleh menjana video dengan melakukan input teks, dan ia akan mengambil beberapa minit untuk menghasilkan video berkenaan.
Hasil janaan juga dilihat agak baik, termasuk dari pergerakkan jari, dan sebagainya. Walaupun terdapat beberapa kekurangan pada hari ini, namun ia mungkin dapat diatasi melalui kemaskini-kemaskini akan datang.
Bagi anda yang berminat, boleh mencuba sendiri penawaran MiniMax ini melalui laman HaiLuoAI hari ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.