Intel baru sahaja melancarkan siri cip pemprosesan Intel Core Ultra 200V mereka, dan sewaktu acara pelancaran cip pemprosesan komputer riba tersebut, Microsoft juga berada di atas pentas untuk mengumumkan bahawa komputer-komputer riba dengan cip pemprosesan tersebut boleh dinobatkan sebagai komputer riba AI CoPilot PC+.
Sejajar dengan itu, Microsoft juga mengesahkan bahawa komputer riba Intel Core Ultra 200V akan hadir dengan ciri-ciri CoPilot+ PC yang sebelum ini hanya diperlihatkan pada komputer riba yang dikuasakan Qualcomm Snapdragon X Elite dan Snapdragon X Pro sebelum ini pada bulan November 2024 kelak.
Ciri-ciri ini termasuklah ciri-ciri Cocreate pada perisian MS Paint yang membolehkan pengguna mencipta gambar menggunakan AI terbina melalui prom, Windows Recall yang membolehkan pengguna untuk menjejak balik langkah dalam komputer mereka melalui tangkapan layar yang dilakukan oleh komputer setiap kali anda melakukan sesuatu didalamnya dan juga Auto Super Resolution, yang meningkatkan kadar bingkai permainan komputer menggunakan AI.
Cuma setakat ini, pihak Microsoft masih tidak lagi mengesahkan bilakah mereka akan memperkenalkan cip pemprosesan Intel Core Ultra 200V ini untuk siri tablet dan komputer riba Microsoft Surface mereka.