Carian
Portrait Studio – Menghidupkan Seni Pelukis Jalanan Dengan Bantuan AI
September 4, 2024 Penulis Tamu

Ketika kita berjalan di sekitar bandar, seringkali kita dapat melihat pelukis jalanan yang menghasilkan potret dalam pelbagai gaya. Lukisan yang dihasilkan kadangkala dalam bentuk lakaran dan ada juga dalam gaya kartun yang lebih menghiburkan. Tetapi, bayangkan jika anda tidak perlu lagi mencari pelukis jalanan untuk dapatkan potret anda sendiri? Dengan ciri ini, anda boleh hasilkan imej potret AI yang cantik dan artistik terus dari hujung jari anda pada bila-bila masa sahaja. 

Ciri yang kami maksudkan adalah Portrait Studio yang merupakan salah satu inovasi Galaxy AI dalam Samsung Galaxy Z Flip6 terbaru. Dengan ciri ini, anda boleh menukar gambar wajah menjadi kartun 3D, lakaran, lukisan air dan banyak lagi. Jika anda tertanya-tanya bagaimana cara menggunakan Portrait Studio, akan kami tunjukkan melalui artikel ini.

1. Swafoto Untuk Dapatkan Gambar Pilihan Anda

Langkah pertama yang perlu anda lakukan semestinya mengambil gambar atau swafoto menggunakan kamera Samsung Galaxy Z Flip6. Namun, jika tiada orang di sekitar untuk membantu anda untuk mengambil gambar, usah risau kerana anda boleh sahaja melipat Galaxy Z Flip6 ini menjadi separuh dan letakkan di atas permukaan rata. Kemudian, tunjukkan telapak tangan anda kepada kamera untuk mula mengambil gambar. Malah, ciri FlexZoom juga akan diaktifkan secara automatik apabila kamera dapat mengesan subjek yang ingin ditangkap. Ambil sebanyak mungkin gambar sehingga anda benar-benar berpuas hati.

2. Pilih Gambar Yang Paling Terbaik Untuk Dijadikan Lukisan

Dari ribuan gambar yang kita ambil, tentulah tidak semuanya memenuhi citarasa kita, bukan? Jadi, selepas anda selesai mengambil gambar atau berswafoto, anda terus saja ke aplikasi Gallery untuk memilih gambar yang paling memuaskan hati. Bagi mendapat hasil imej potret AI yang terbaik, pastikan anda memilih gambar yang cukup jelas dan berkualiti tinggi. Dengan pilihan gambar yang tepat, imej potret AI anda akan tampil lebih artistik.

3. Gunakan Ciri Portrait Studio Bagi Hasilkan Lukisan Potret Anda

Pada gambar yang anda pilih, cari ikon Galaxy AI yang tertera di bahagian bawah gambar tersebut. Tekan ikon ini untuk membuka ruang suntingan dimana anda akan menemui pilihan “Portrait Studio” pada sudut kanan bawah. Hanya tekan pada pilihan ini dan anda akan diberikan dengan beberapa gaya menarik seperti 3D Cartoon, Watercolor, Sketch dan banyak lagi. 

Melaluinya, anda boleh pilih mana-mana gaya potret yang paling menarik minat anda dan tekan “Generate” di bahagian bawah gambar. Tunggu sebentar dan Portrait Studio akan menunjukkan beberapa pilihan imej potret AI yang estetik. Anda boleh terus memilih imej potret AI yang paling memikat hati anda. Jika hasilnya masih tidak memenuhi selera, anda boleh menjana semula imej potret AI yang baru atau mencuba gaya lain pula. Apabila anda sudah berpuas hati dengan hasil imej potret AI yang dihasilkan, tekan butang “Save Copy” untuk menyimpannya. Imej potret AI ini boleh digunakan dalam pelbagai tujuan termasuk sebagai avatar peribadi di media sosial. 

Kesimpulan

Kesimpulannya, ciri Portrait Studio yang ada pada Samsung Galaxy Flip6 ini cukup senang untuk digunakan bukan? Melalui gambar anda, ia boleh hasilkan imej potret AI yang cukup memikat hati dengan pelbagai pilihan gaya potret yang ada. Namun, jika anda masih lagi ragu-ragu, anda boleh terus ke Samsung Experience Store untuk mencuba sendiri ciri Galaxy AI yang ada pada siri Samsung Galaxy Z. 

Jika anda berminat, anda boleh dapatkan siri Samsung Galaxy Z di laman web rasmi Samsung Malaysia pada harga bermula RM4,499 sahaja. Malah, anda juga boleh berpeluang untuk mendapatkan rebat eksklusif bernilai RM500 apabila anda membeli siri Samsung Galaxy Z. Dapatkan rebat tambahan sehingga RM700 jika anda menukar beli peranti Samsung anda yang lama kepada yang baru. Promosi ini sah sehingga 30 September 2024, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

Komen