Samsung Galaxy A06 ditawarkan secara rasminya di Malaysia pada hari ini. Ia menawarkan spesifikasi yang memadai dengan fokus terhadap pengguna kasual. Harga jualan ialah RM449 sebuah dengan pemberian 25W Super-Fast Charging Adapter (bernilai RM89) dan jaminan waranti tambahan satu tahun secara percuma.
Samsung Galaxy A06 dilengkapi skrin LCD 6.7-inci dengan kadar segar semula 60Hz. Ia juga dijana cip Mediatek Helio G85, memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Selain itu menyokong Samsung Knox Vault yang melindungi data daripada serangan siber untuk meningkatkan pengalaman jangka panjang.
Turut disertakan ialah bateri 5,000mAh dengan pengecasan 25W dan kamera utama 50MP. Penekanan turut diberikan pada rekaan yang rata bersama kemasan berjalur di belakang. Selain mempunyai sistem imbasan cap jari sisi yang terbina pada butang kuasa.