Carian
ASUS Zenbook S 14 dan Vivobook S 14 Baharu Dilancarkan Dengan Cip Intel Lunar Lake
September 5, 2024 Effi Saharudin

Dengan cip Intel Lunar Lake baharu sahaja dilancarkan di IFA Berlin minggu ini, beberapa model komputer riba dengan cip ini juga turut telah dilancarkan oleh pengeluar. ASUS melancarkan dua model baharu iaitu ASUS Zenbook S 14 (UX5406) dan ASUS Vivobook S 14 (S5406SA).

ASUS Zenbook S 14 (UX5406) ialah peranti yang memberikan tumpuan kepada pengguna yang mencari komputer riba ultra amudah alih dengan rekaan nipis hanya setebal 1.1cm. Bahagian penutup diperbuat daripada bahan Ceralumin yang menggabungkan kekuatan seakan aluminium tetapi dengan kemasan seakan seramik. Ia dilengkapi cip Intel Core Ultra 9 baharu yang dengan NPU 48 TOPS yang membolehkan di diklasifikasikan sebagai sebuah Copilot+ PC.

Skrin adalah sebesar 14″ OLED dengan resolusi 3K dan kadar segar semula 120Hz. Sistem audio pula mempunyai empat speaker dan kamera FHD AiSense IR pula menyokong beberapa mod kecerdasan buatan bagi meningkatkan kualiti video telesidang. Bateri sebesar 72 Wh menawarkan penggunaan sepanjang hari dan terdapat juga pelbagai I/O yang diperlukan oleh pengguna.

ASUS Vivobook S 14 (S5406SA) pula dilengkapi skrin 14-inch 16:10 OLED dan cip Intel Core Ultra 7 258V dengan 47 NPU TOPS. Sistem penyejukan ASUS IceCool membolehkan pemproses beroperasi pada TDP 35 W. Bateri 75 Wh menawarkan penggunaan sehingga 27 jam.

Sistem audio Harman Kardon turut menyokong sistem Dolby Atmos. Pilihan I/O adalah lengkap dengan pembaca kad mikro SD. Papan kekunci pula mempunyai lampu manakala pad sesentuh pula mempunyai nisbah 16:9. Keseluruhan peranti hanya setebal 1.39 cm dan seberat 1.3 kilogram.

Kedua-dua komputer riba ini akan memasuki pasaran Malaysia tetapi harga jualannya masih belum diumumkan oleh pihak ASUS.

Komen