Harga jualan rasmi untuk Honor Magic V3 di Malaysia turut diumumkan sebentar tadi. Ia dijual pada RM6,999 sebuah dengan pilihan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Sesi pratempah akan dibuka bermula sekarang hingg 12 September 2024 dengan hadiah percuma menarik berupa Honor Magic Pen, Magic Watch 4, Magic Wireless Charging Stand 100W dan jaminan pelindungan skrin selamat satu tahun.
Dari aspek rekaan peranti masih mengekalkan tubuh serba ringan dan ringan bersama binaan engsel lebih baik. Ia juga disertakan ciri kalis air IPX8 yang dijadikan sebagai pelindungan tambahan. Sistem tri-kamera dengan teknologi Harcourt turut digunakan dengan tetapan 50MP utama + 50MP telefoto periskop + 40MP ultra-lebar/makro. Kemudian diikuti pula dengan skrin sekunder menegak diluar sebesar 6.43-inci OLED dengan kadar segar semula 120Hz.
Apabila dibuka pula perantI menawarkan skrin utama sebesar 7.92-inci LTPO OLED dengan nisbah aspek 19:9 dan kadar segar semula 120Hz. Honor turut mendakwa peranti boleh berfungsi dengan baik mencapai 500,000 kali lipatann tanpa kesan yang ketara. Turut disertakan ialah sistem imbasan cap jari sisi yang dintegrasi pada butang kuasa.
Magic V3 juga dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 3 untuk tunjang utama. Ini digabungkan dengan bateri sebesar 5,150mAh dengan pengecasan pantas 66W menerusi port USB-C. Perisian MagicOS 8.0.1 berasaskan Android 14 digunakan dengan ciri pintar AI terbina seperti AI Magic Portal – Search To do More, AI Face-to face Translation dan AI Eraser.