SPRM Memulakan Siasatan Melibatkan Projek 1BestariNet
Aman
1BestariNet merupakan salah satu projek yang pernah dilaksanakan sebelum ini dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia bersama-sama YTL Communications, dimana 10,000 sekolah dilengkapi dengan akses internet berkelajuan tinggi, selain turut menawarkan platform pembelajaran maya dinamakan Frog VLE. Ia telah dimulakan pada 2011, dan ditamatkan pada 2020.
Terbaru, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap projek kontroversi ini, dan telah pun menyerbu pejabat YTL Communications.
Pihak SPRM sedang menyiasat dan mengkaji untuk mengenal pasti saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan dalam membantu siasatan berkenaan hal ini, melibatkan dokumen tuntutan mengandungi butiran palsu membabitkan pembayaran kira-kira RM2.7 bilion.
Sebelum ini, kontrak selama 15 tahun telah dianugerahkan kepada YTL Comms, bernilai RM4.1 bilion.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.