Pengguna Galaxy A Di Malaysia Mula Menerima Sokongan “Circle To Search”
Aman
Samsung ketika pengenalan Galaxy S24 pada awal tahun, telah bekerjasama dengan Google, dan memperkenalkan sebuah ciri baharu dinamakan “Circle To Search”. Melaluinya, pengguna boleh membulatkan sebarang bahagian pada skrin, dan melakukan carian berkaitan di Google dengan serta-merta.

Ciri yang eksklusif pada peranti mercu Samsung berkenaan, kini telah mula diperluaskan kepada pengguna siri Galaxy A. Model yang kini mula menerimanya di Malaysia adalah Galaxy A55, Galaxy A54, Galaxy A35, Galaxy A34 dan juga Galaxy Tab S9 FE.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu tekan pada butang “Home” pada skrin, dan seterusnya membuat lakaran bulatan pada bahagian yang ingin dilakukan carian. Ciri ini boleh diaktifkan pada mana-mana aplikasi dan bahagian peranti dengan mudah, bila-bila masa.
Bagi anda yang menggunakan peranti tersebut, boleh menyemak kemaskini pada peranti anda, dan menggunakannya bermula hari ini.