Menteri : Pejabat AI Kebangsaan Akan Mula Beroperasi Bulan November 2024 Ini
September 5, 2024
Kecerdasan Buatan
Aman
Menteri Digital, Gobind Singh Deo kini memaklumkan Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan akan mula beroperasi pada bulan November 2024 ini, dan akan dibawah seliaan MyDigital Corporation.
Pejabat AI Kebangsaan ini akan merangka ekosistem yang berkenaan dalam memastikan Malaysia terus menerajui dan menjadi hab kecerdasan buatan di rantau ini. Langkah ini akan turut melibatkan menarik perhatian pelabur untuk melabur di Malaysia.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi siapakah yang akan menerajui pejabat berkenaan. Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan bulan November 2024 ini, untuk mengetahui lanjut berkenaan Pejabat AI Kebangsaan ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.