Pada tahun ini, pelbagai pengeluar peranti dan syarikat teknologi bersaing dalam penawaran fungsi kecerdasan buatan masing-masing. Pihak Honor tidak ketinggalan dan telah mengumumkan kerjasama dengan Google Cloud AI untuk hadir dengan beberapa ciri-ciri, dibawah penawaran dinamakan Honor AI.
Salah satu ciri yang ditawarkan dibawah Honor AI adalah fungsi dinamakan “AI Face to Face Translation”. Melaluinya, ia memudahkan proses memahami bahasa asing dengan lebih mudah dan senang melalui penggunaan kecerdasan buatan untuk terjemahan masa-nyata.
Dan menariknya adalah sokongan terjemahan ini turut menyokong Bahasa Malaysia, selain 9 bahasa lain. Hal ini sekaligus membuatkan ia salah satu kelebihan untuk penawaran Honor di Malaysia – berbeza dengan penyedia lain.
Ciri Honor AI baharu ini akan ditawarkan oleh pengeluar China berkenaan melalui peranti terbaru mereka, Honor Magic V3 yang bakal ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.