Bluetooth 6.0 Diumumkan – Menawarkan Sokongan Penjejakan Yang Lebih Jitu
Aman
Badan sebalik piawaian Bluetooth, hari ini telah mengumumkan piawaian dan spesifikasi generasi baharu untuk teknologi berkenaan, dikenali Bluetooth 6.0. Melaluinya, ia menawarkan sejumlah ciri dan sokongan baharu.

Menjadi fokus utama pada Bluetooth 6.0 adalah ciri Bluetooth Channel Sounding, yang mana menambah sebuah lapisan tambahan pada siaran Bluetooth LE, sekaligus memudahkan pengguna mengenal pasti jarak sesuatu peranti. Ini sangat berguna dalam penggunaan teknologi penjejak peranti, selain turut boleh digunakan dalam sejumlah senario lain – seperti sesuatu pintu kenderaan atau rumah hanya boleh terbuka apabila mengenalpasti telefon pada jarak sekian.
Disamping itu, Bluetooth 6.0 turut menawarkan kadar pendam yang lebih rendah, selain meningkatkan kadar data yang dipindahkan melaluinya – sesuai untuk peranti berhubung dalam memindahkan data atau melakukan kemaskini.
Buat masa ini, hanya piawaian teras sahaja diumumkan, dan tidak diketahui lagi bilakah kita akan melihat peranti-peranti dengan Bluetooth 6.0 di pasaran.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.