Intel Mengatakan Tiada Sebarang Perubahan Untuk Perancangan Di Malaysia Buat Masa Ini
Aman
Lanjutan daripada laporan TheStar semalam mengatakan Intel menangguhkan pembinaan kilang di Pulau Pinang, kini pihak Intel sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi, dan mengatakan tiada sebarang perubahan pada perancangan operasi mereka di Malaysia buat masa ini.
Intel mengatakan mereka tidak mengumumkan sebarang perubahan pada perancangan mereka buat masa ini, dan Intel turut menekankan yang mana Malaysia merupakan pasaran yang penting buat mereka.
Sebelum ini, hadir laporan mengatakan Intel telah menangguhkan perancangan untuk memperluaskan kilang mereka di Pulau Pinang, selain ia turut dikatakan mungkin memberikan kesan kepada bilangan pekerja di Malaysia.
Intel sebelum ini telah membuka operasi di Malaysia sejak 1972, dan Malaysia merupakan tapak operasi yang paling besar oleh Intel di luar Amerika Syarikat.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.