Pengasas Oracle, Larry Elison akan menjadi pemegang saham terbesar Paramount Global selepas ia diambil alih oleh Skydance yang diterajui oleh anak beliau David Ellison. Larry Ellison memegang 77.5% saham Paramount Global manakala baki 22.5% pula dipegang oleh RedBird Capital.
Paramount Global cuba dijual sejak akhir tahun lalu dengan Skydance menunjukkan minat untuk melakukan penggabungan. Pembabitan Larry Elison untuk mengambil alih Paramount hanya didedahkan dalam fail yang diserahkan kepada FCC bagi mendapatkan kebenaran sebelum pembelian boleh diteruskan. Sekiranya kebenaran diberikan, Skydance dan Paramount Global akan bergabung pada awal 2025.
Sebelum ini kami juga melaporkan Sony dan Warner Brothers Discovery turut berminat untuk bergabung dengan Paramount tetapi nampaknya tidak disteruskan. Selain mengambil alih studio filem dan TV Paramount, Skydance juga akan mengambil alih 28 stesen TV di bawah CBS.