Garmin fēnix 8 kini di Malaysia sebagai seutas lagi jam tangan lasak baharu. Ia boleh didapati dalam dua pilihan paparan yang berbeza sama ada dilengkapi memory-in-pixel (MIP)(MIP) dengan pengecasan solar berharga RM5,720 (47mm) dan RM6,240 (51mm) seutas. Sementara itu model tanpa panel solar pula dijual lebih rendah bermula RM5,199 (43mm), RM5,720 (47mm) dan RM6,240 (51mm) seutas. Ketersediaan bermula sekarang dengan pembelian melalui pengedar sah Garmin di seluruh Malaysia.
Rekaan menjadi tumpuan kali ini dengan ia lebih tahan lasak berbanding versi sebelum ini. Ia mempunyai pelindungan khusus untuk bahagian sensor dan butang kawalan di sisi. Ia juga melepasi ujian piawaian ketenteran untuk kalis haba, kejutan dan haba. Gamin Fenix 8 turut boleh dibawa menyelam sehingga 400 meter, di samping menawarkan Scuba dan Apnea Mode yang dinaiktaraf untuk penggunaan aktiviti air yang lebih baik.
Terdapat juga pembesar suara dan mikrofon terbina untuk kedua-dua Fenix 8, diikuri sokongan untuk sistem navigasi global QZSS dan BEIDOU. Garmin turut menyediakan sokongan lampu suluh terbina untuk kegunaan sebarang aktiviti malam atau kurang pencahayaan. Selain itu mempunyai ciri pemberitahuan pintar dan sokongan pembayaran nirtunai melalui Garmin Pay.
Turut melengkapinya ciri kesihatan dan mod sukan terbina yang membolehkan pengguna kekal sihat. Diikuti dengan sokongan pelan latihan kekuatan yang boleh menjangkau lapan minggu dan disesuaikan untuk bantu pengguna memenuhi matlamat kecergasan masing-masing. Bateri digunakan boleh bertahan hingga 21 hari untuk versi standard lalu meningkat kepada 28 hari untuk Fenix 8 (Solar). Garmin juga mendakwa bahawa teknologi solar kali ini boleh menyerap cahaya daripada matahari sebanyak 50% lebih baik daripada model terdahulu.
Kesemua ciri disebutkan telah dimuatkan ke dalam tubuh seutas jam tangan sebesar 1.3-inci AMOLED dengan resolusi 260 X 260 piksel. Sebanyak tiga pilihan saiz kerangka juga disediakan sama ada 43mm, 47mm dan 51mm untuk kedua-dua model Fenix 8 di Malaysia.