Carian
SpaceX Kini Mengawal 62% Satelit Aktif Di Angkasa
September 8, 2024 Aman

SpaceX yang dimiliki oleh Elon Musk, kini dilihat mengawal sekitar dua per tiga atau 62% daripada satelit yang aktif mengorbit di angkasa. SpaceX sedia memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan internet melalui satelit dinamakan Starlink, dan mempunyai sekitar 6370 satelit aktif dibawahnya.

Perkhidmatan internet Starlink ditawarkan di lebih 100 buah negara, termasuk Malaysia sendiri. Bergerak ke hadapan, lebih banyak satelit Starlink dijangka dilepaskan ke angkasa.

Selain SpaceX, terdapat beberapa firma lain yang turut memfokuskan kepada arena yang lebih kurang sama, dan salah satunya adalah OneWeb yang berpusat di UK. Namun, dari segi bilangan, ia sekadar 1/10 daripada jumlah satelit Starlink.

Beberapa firma di China juga sedang melihat kepada penyediaan perkhidmatan melalui satelit, dan telah mula melancarkan satelit ke angkasa. Mungkin kita akan melihat perubahan pada angka dominasi ini dalam tahun-tahun akan datang.

Komen