JPJ membuka bidaan untuk nombor plat EV bermula hari ini 9 September hingga 13 September. Nombor plat hanya boleh digunakan pada kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya sahaja dengan ia akan memudahkan pemilik membezakan kenderaan mereka dengan kenderaan ICE.
Pemilik kenderaan hibrid tidak boleh membida nombor plat ini. Keputusan bidaan akan diumumkan pada 14 September. Ada sebab mengapa nombor plat khas diperkenalkan ialah bagi memudahkan penguatkuasaan. Sebagai contoh telah wujud pelbagai insiden kenderaan ICE diletakkan di tempat pengecas kenderaan EV sehingga menyukarkan pemilik yang ingin meneruskan perjalanan.
Ia juga akan memudahkan pihak bomba mengenalpasti kenderaan EV yang terlibat dalam kemalangan sekaligus melakukan apa yang perlu untuk memadam api dengan lebih efektif sekiranya ianya terbakar.
Nombor plat kenderaan ini dijangka bermula dengan huruf EV, dan ditawarkan dari angka 1 ke 9999 seperti nombor plat biasa, dan dijangka diteruskan dengan EVA, EVB dan seterusnya. Untuk melakukan bidaan, sila ke pautan JPJ di bawah.