Lebih 120 Ribu Murid Darjah Satu Menghadapi Kesukaran Membaca Dan Mengira – Kementerian Pendidikan
Nazrin
Isu kerencatan membaca dan mengira di kalangan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang baru, tetapi keadaan kini dilihat cukup keruh setelah pihak Kementerian Pendidikan mengumumkan bahawa seramai 122,064 pelajar darjah satu di sekolah rendah kebangsaan telah dikenalpasti untuk melalui program kemahiran membaca dan mengira baru-baru ini.
Pada bulan Julai 2024, sebuah ujian penilaian telah dijalankan di sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia untuk mengenalpasti murid-murid darjah satu yang perlu mengikuti program kemahiran membaca dan mengira ini. Program ini, yang sudahpun bermula sejak Ogos 2024 akan berterusan selama tiga bulan dalam satu usaha untuk meningkatkan kecekapan murid-murid ini dalam aspek tersebut.
Menurut laporan The Star, Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan mengatakan bahawa daripada 122,064 murid-murid darjah satu yang perlu mengikuti program ini, 62,928 daripada mereka tidak melepasi piawaian kemahiran membaca dan mengira yang diperlukan oleh murid-murid darjah satu.
13,669 daripada murid-murid ini tidak melepasi piawaian kemahiran untuk mengira, manakala 45,465 daripada mereka tidak melepasi piawaian kemahiran membaca.
Pengumuman mengenai program kemahiran membaca dan mengira ini juga bukanlah sesuatu yang baru. Pihak Kementerian Pendidikan telahpun mengumumkan mengenainya sekitar bulan Mac yang lalu.
[sumber]The Star[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.