Pada bulan ini Telegram telah melepasi 10 juta pelanggan berbayar premium yang merupakan peningkatan dua kali ganda dalam masa kurang daripada lapan bulan. Pertumbuhan ini dikatakan telah membantu matlamat mereka untuk berkembang secara professional. Seterusnya mencipta perkhidmatan yang memenuhi jangkaan dan keperluan pengguna moden yang mengutamakan privasi.
Telegram turut mengucapkan jutaan terima kasih secara professional kepada semua pelanggan berbayar mereka di atas sokongan yang berterusan. Sekaligus membolehkan Telegram terus menawarkan ciri dan fungsi yang membawa perubahan signifikan dalam cara pengguna berkomunikasi.
Kejayaan yang dirai turut membawa kepada beberapa penambahbaikan aplikasi seperti pemilik saluran atau kumpulan kini boleh membuat giveaways dengan memberi ganjaran berupa Telegram Stars kepada ahli secara rawak. Ia bertujuan untuk mempromosikan komuniti masing-masing dan pelanggan premium turut boleh membelanjakan bintang tersebut untuk langganan eksklusif dalam saluran – atau dalam permainan dan aplikasi mini pada platform Telegram.
Telegram juga melancarkan paparan khusus segera untuk pelayar telegram yang secara automatik akan mengoptimumkan artikel dengan baik untuk peranri. Seterusnya membolehkan pengguna menukar mana-mana artikel dengan paparan yang lebih mudah dibaca. Penambahbaikan untuk Mini Apps Store turut dilakukan bagi menjadikan ia lebih lancar serta responsif bersama-sama dengan pilihan butang baharu untuk pembangun diberikan.